Thursday 19 September 2013

Andai dapat diundurkan masa



kadang2 terfikir jugak, bestnye kalau dapat putar kembali masa2 lampau. semua orang mesti pernah terdetik alangkah seronoknya kalau dapat diundurkan masa. 

"alangkah seronoknya kalau dapat dindurkan masa, 
akan ku ulangi kembali zaman kanak-kanak ku"
"andai dapat diundurkan masa, 
akan ku elakkan kesilapanku yang dulu"
"andai dapat diulangkan masa lampau, 
akan ku ubah sikap ku agar tidak memakan diriku"


ye, semua orang berharap agar masa lampau dapat diulang kembali. begitu juga aku. jika diberi peluang untuk kembali ke masa lalu, aku memilih untuk kembali ke zaman sekolah menengah. zaman baru nak mengenali dunia, mengenal erti persahabatan, dan zaman yang terlalu banyak kesilapan yang pernah aku lakuan. aku harap dapat kembali ke waktu itu dan memperbetulkan kesilapan yang pernah aku lakukan. aku harap dapat "memadam" engkau dari lipatan sejarah hidupku agar tidak terus menghantui fikiranku sehingga kini. (cehhh ayat). alangkah seronoknya jika masa lampau ku isi dengan kesungguh untuk menuntut ilmu. pasti kini aku bukan lah aku yg sekarang. paling kurang pun, mungkin kini aku seorang akauntan.

andai dapat diundurkan masa, aku harap dapat kembali ke zaman diploma kat poli dulu. pertama kali merantau ke tempat orang, memberikan beribu pengalaman pahit manis yang membuatkan aku lebih matang dan berani. ukhuwah persahabatan yang erat, persekitaran yang tenang dari hiruk-pikuk bandar, kos sara hidup yang rendah, keakraban persahabatan dalam organisasi. oh tuhan, aku rindu kedah! :')

andai dapat diputar kembali masa lampau, aku ingin kembali ke zaman kanak2. tiada masalah yang perlu difikirkan. cuma memikirkan keseronokkan bermain bersama kawan. 


Pelbagai keinginan, harapan dan impian setiap orang apabila di berikan peluang untuk kembali ke zaman silamnya. Siapa yang tidak mahu?

Siapa yang tidak mahu memperbaiki kesalahan atau kesilapan dirinya sebelum ini? Siapa yang tidak ingin kembali dan menjadikan hidupnya sesempurna impiannya?...


Namun...tidak ada manusia yang akan dapat mengundurkan masa. Semua yang terjadi adalah ketentuan Tuhan, segala yang telah kita hadapi, lalui mahupun gembira atau duka adalah satu anugerah kehidupan agar kita lebih menghargai kehidupan ini di masa akan datang..
 

Jangan lagi di sesali kesilapan yang lalu, jangan lagi ditangisi kesalahan lalu. Segala yang berlaku ada hikmah di sebaliknya dan hanya Tuhan yang akan memberikan dimana, bagaimana dan bila masanya untuk anda merasai nikmat dari-Nya..

Ingatlah...setiap keperitan, kesengsaraan mahupun kedukaan yang telah anda alami itu kini telah menjadikan anda seorang insan yang tabah, mengenal kekurangan diri dan akan sentiasa mengingatkan diri untuk jadi lebih baik, dan lebih baik daripada sebelum ini. Hanya anda yang mengenali diri anda sendiri... Yakin dan percayalah anda lebih baik daripada sesiapa yang ada di dunia ini. "Just be yourself"

Nikmatilah hidup ini dengan penuh riang di hati...





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...