Thursday 7 November 2013

Pengertian Hijrah

Assalamualaikum, hai semua!  Salam Maal Hijrah 1435H :)
 
kali ni, En Hasman bagi tugasan yang agak mencabar.  jelaskan pengertian hijrah menurut pandangan diri sendiri. Jujur diakui, aku bukan lah seorang yang arif tentang agama. banyak benda yang aku tak tahu. aku jahil. sangat! nak tulis pengertian hijrah ni pun, terpaksa google website2 yang berkenaan hijrah. takut tersalah fakta. takut jugak dapat dosa free2. tapi aku tetap berusaha untuk siapkan tugasan ni sebaik mungkin.
 
 
bila sebut tentang hijrah, banyak pandangan & persepsi yang bermain2 difikiran. ada yang kata, "hijrah tu maksudnya perpindahan", ade yang kata, "hijrah tu berubah" dan ada jugak akan terfikir "lagu maal hijrah" bila ditanya apa maksud hijrah sebenar.
 
 
seperti yang kita tahu, hijrah bermula dari peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Mekah ke Madinah. Sebelum Fathu Makkah, hijrah ke Madinah (tempat terlaksananya kedaulatan Islam) diwajibkan ke atas seluruh Muslimin kecuali mereka yang mempunyai keuzuran tertentu. Selepas Makkah berjaya dikembalikan ke tangan umat Islam, manusia memasuki agama Allah berbondong-bondong dan mereka telah bebas melaksanakan Islam serta mendirikan syiarnya di mana jua, maka tiada lagi keperluan untuk berhijrah ke Madinah. Baginda telah bersabda (maksudnya):
“Tiada hijrah selepas al-Fath (Pembukaan Makkah), tetapi jihad dan niat. Dan apabila kamu dikerah untuk pergi berjuang, maka segeralah manyahutnya!”
 
 
Maksud hijrah dalam nas-nas di atas ialah hijrah dari Makkah ke Madinah. Umat Islam tidak lagi dituntut supaya meninggalkan Makkah dan berhijrah ke Madinah kerana Makkah telah menjadi negara Islam dan tiada lagi halangan untuk mereka melaksanakan ajaran Islam dalam semua aspek kehidupan.
 
Walaupun umat Islam tidak lagi dituntut utk berhijrah dari Mekah ke Madinah, tapi tak bermakna kita tak perlu berhijrah. menurut pandangan aku, hijrah ni terbahagi kepada dua iaitu fizikal & mental. ok, biar aku terangkan satu persatu.
 
HIJRAH FIZIKAL
hijrah fizikal maksudnya perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain. contohnya, berhijrah dari kampung ke bandar semata2 utk mencari rezeki & membantu keluarga kat kampung.
 
 
HIJRAH MENTAL
bagi pendapat aku, hijrah mental ni pulak bermaksud mengubah sifat2 yang ada pada diri kita. iaitu dari sifat negatif ke positif ataupun berubah dari kurang baik kepada baik, dari baik kpd lebih baik. contohnya, kalau dulu pakai ketat2, sekarang da berubah pakai sopan2. kalau dulu lengah2kan solat, sekarang da berubah, solat on time. 
 
sebaik2 hijrah adalah hijrah kerana Allah s.w.t. Semua perbuatan kita bergantung apa yang kita niatkan. apa yang kita niat, tu yang kita akan dapat. contohnya, kalau niat nak berhijrah sebab nak kawen dengan si A, so, si A tu lah yg kita dapat. kalau kita niat berhijrah sebab nak dapat keredhaan Allah, insyaAllah keredhaanNya yang akan kita dapat.
 
secara jujurnya, hijrah mental ni bukannya mudah utk kita buat. tak macam hijrah fizikal. nak pindah bila2 masa pun boleh. kalau hijrah mental, kita perlukan istiqamah untuk lakukannya. istiqamah = tekad utk lakukan secara berterusan. biasanya, kalau nak berubah kearah kebaikan, mesti ada "syaitan2" yang menggoda. kadang2, kita da tekad nk berhijrah. tapi bila ade bisikan2 syaitan, kita goyah & menyerah kalah. so, aku nak share berbetapa tips utk hijrah mental. mungkin tip2 ni sangat berguna. lagi2 org yg "perlu berhijrah mental" mcm aku ni.
 
 
 
 
 
Tip utk hijrah diri:
1.Bentuk niat yg tulus & harap redha Allah,
2.Matlamat yg membakar smgt tapi munasabah,
3.Buang tanggapan yg negatif ttg diri,
4. Elak fikir negatif ttg segala perkara-- fikir itu doa!
5. Belajar drp org yg berjaya,
6.Jgn tergugat dgn komen negatif org lain,
7.Lakukan langkah demi langkah-- jgn tak sabar,
8.Elak tangguh2 utk lakukan perkara yg baik,
9.Amalkan dgn istiqamah selama 40 hari, sbb tabiat baru terbentuk dlm 40 hari,
10.Byk berdoa & tawakkal kpd Allah swt. Moga Allah beri kita semua taufik & hidayahNya.
 
 
credit to:

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...