Tuesday, 2 April 2013

Parents zaman dulu

Dulu masa zaman sekolah rendah, subjek matematik la subjek paling killer. paling membunuh. paling aku takut. tak kira lah belajar kat sekolah ke, kat rumah ke, tuisyen ke. sebut matematik je, memang terus jadi kecut perut. 

dulu, aku ni saaangat lemah maths. dah darjah 5, sifir pon tak hafal. cikgu maths garang kemain. cikgu jamal. nama yang tak kan aku lupa sampai mati. kena denda, kena rotan tu,  kene ketuk kepala tu perkara biasa kalau tak dapat jawab dgn betul. kalau lepas rehat ade kelas dia, time rehat tu kompem tak lalu makan. tu pasal cikgu.

kalau dekat rumah, setiap kali buat homework @ latihan maths, kalau buku tak berlubang, memang tak sah. mesti ade yang pelik. macam mana buku sampai berlubangkan? 

dulu, setiap kali belajar maths, tak sah kalau air mata tak menitis/menjejeh² sampai kena buku. (selekej betul aku) tak sah kalau belajar maths tak dengar irama high-pitch ayah ibu. ye, memang tak sah. setakat kena tarik telinga, cubit² tu perkara biasa. 

tapi, garang² ibu ayah berbaloi. kalau tak, tak mungkin aku akan jadi aku yang sekarang. tak mungkin aku dapat rasa jejak kaki ke sini. 

menurut pengalaman/pandangan aku, ibu bapa zaman dulu jauh berbeza dengan zaman sekarang. kalau zaman dulu, tegas kemain. kalau A, A lah dia kata. jangan sekali² nk lawan. memang cari nahas gamaknya. kalau dia suruh blaja, cpat² pi bukak buku. walaupun masa tu mood blaja memang kelaut.

parents zaman sekarang, siap boleh "kautim" lagi. bak kata orang, parents zaman sekarang lebih open & sporting. tapi "open" dari segi macam mana tu tak pasti lah. orang kata, zaman da berubah. cara pendekatan dengan anak² pon dah lain. dah tak boleh macam dulu. budak sekarang ni, kalau marah sikit je, lari rumah. marah sikit je, merajuk.

pendapat aku, zaman moden ke, zaman batu ke, terpulanglah nak ikut pendekatan mana². yang penting, anak tu ibarat kain putih. kalau elok & baik cara kita mencorakkannya, maka eloklah hasilnya. 


psst²: sebenarnya masa tengah buat latihan mandarin, air tertumpah atas kertas. tiba² teringat cerita lama. tragedi buku maths berlubang :)




2 comments:

  1. Nape guna BM? Bukan blog ni fully BI ke yg?

    ReplyDelete
  2. apa2 cara ibu bapa, diorang tetap sayang anak2 diorang dan ingin terbaik utk anak2 diorang....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...